Saturday, December 17, 2011

Paper ke 2

Alhamdulillah..ade juga nak tunjuk masa present progress 19hb dec 2011 nanti..paper ke dua telah pun diterima di http://www.icact.org/..

Yerla..tak ada lah hebat mcm orang lain..tapi untuk level aku dah kira syukur dah ni..nanti nak present org tanya berapa publication dlm setahun ni..takkan nak kata ada 1 je..huhuh..ni dah accepted aku just tunggu nak bayo je la..harap2 ada yang sudi nak sponser..=p..

Next aim is turkey tapi due dia 19hb ni..tak siap lagi tak tahu sempat ke tak dan 1 review journal..ada org nak bantu saya...lompat bintang 10x okeh..Ameen..


Friday, December 2, 2011

Kursus Impact Journal

Semalam uni aku buat kursus impact journal..speaker tu bagi nasihat..hantar je paper setiap hari..accept ke tak belakang kira...ni nak kongsi blog Dr. OT..kalau nak join kursus mengenai PhD/Master..boleh lah join..kawan aku kata bersemangat nak buat research bila pegi kursus dia..aku tak tahu bila nak pi..tarikh paling dekat 23 dec 2011 ni di bangi..mcm nak join je..hoho..

Wednesday, November 30, 2011

2nd

Baru hanto 2 paper..journal tak hantor lagi..harap diterimalah yg baru hantar tadi di ICACT..huu

Monday, November 14, 2011

Poster Presentation Vol 2

Ok..agak kelakar bila aku yang dah sem 2 tak tahu yang poster presentation ni apa..dan apa formatnya..pada post yang lepas..aku ada bagi link-link untuk template..ekceli..kamu harus mengikuti format universiti..setiap slide perlu daripada universiti juga..jangan pandai-pandai buat format sendiri..nanti kamu jadi alien..=p..

Antara Peringatan::
1) paper perlu melalui supervisor & fakulti
2) setiap universiti mempunyai format slide dan poster

Jika kamu present research kamu di mana-mana kamu perlu menggunakan format universiti..jadi baru la researcher yang lain akan tahu..kamu dari universiti mana..

Walaupun salah format..ada juga yang sudi memberi pendapat dan bertanya..sekurang-kurangnya..kesilapan format ni menjadi peringatan..

Wednesday, November 9, 2011

Poster Presentation

Next week ada poster presentation..series tak tahu bagaimana nak buat..tak ada pengalaman..tanya kawan-kawan..standard size ialah A1..dah hendaklah mengambil isi penting daripada paper yang dihantar..

Perlu design cantik-cantik juga..supaya..font serta graphic sedap dipandang..mungkin tak jemu untuk org membaca dan berkongsi ilmu..

Jadi solusi yang digunakan ialah menggunakan template percuma di Internet..daripada template ini kita ubah warna serta letak image untuk mendapatkan poster presentation mengikut kreativiti sendiri..

Antara link-link yang menyediakan poster presentation ialah seperti berikut:

Untuk print pula, anda boleh pergi ke kedai print atau fakulti anda (jika fakulti menyediakan peruntukkan tersebut)

Kos mungkin agak mahal..saya tak print lagi..dah print nnati sy bagitahu kos nya berapa..

**update: RM45 di kedai Double A, Parit Raja..maybe ada tempat yg lagi murah..tapi kualiti nya i lyke..

Friday, October 21, 2011

November 2011

dah nak masuk November 2011..bulan december genap setahun dah register..tengok performance student yang baru register lagi laju drp i..salute la..





Nota Kaki: Doakan saya berjaya..=)

Thursday, October 20, 2011

FreeMind Software

Buat research kene la free kan mind from pelbagai masalah..kene tenang..dan cekap..tapi dalam masa yang sama aku memperkenalkan software untuk sesiapa yang hendak membuat peta minda..aku pakai word je buat taxonomy..tadi beborak ngan kawan di lab.research..beliau menggunakan Software FreeMind.

Saya pun tak pasti ini trial ke tak..tapi rasanya tak trial..ia freeware..bagi yang nak buat taxonomi, brain storming, kad kawen (opss)or any diagram..sangat sesuai..contoh seperti dibawah::


nampak tak? kalau tak nampak..cuba klik atau save image ni..tak pun try sendiri software ni


Saya cadangkan buat taxonomy menggunakan software ni agak mudah..bagi memperjelaskan serta mendalami apa yang hendak dikupaskan lagi mengenai research kita.

Mungkin saya agak terlewat..jika ada tools-tools yang menarik boleh dikongsi..jangan segan-segan share kat sini..mana tahu ada lagi tools yang membantu kita..

Good Luck..






Boleh Klik SINI untuk mencuba software tersebut

Monday, October 17, 2011

Tutorial: Cara Menggunakan EndNote

Ok..jom belajar menggunakkan EndNote.. post ini adalah kesinambungan yang lepas..klik sini


PC/Laptop anda perlulah mempunyai software seperti di bawah...jika tiada..sila install.
  1. EndNote version apa-apa pun boleh..(saya guna EndNote X3)
  2. Microsoft Office..(saya guna Microsoft Office 2007)
Ada 4 step..Langkah-langkahnya ialah seperti berikut
-------------------

STEP1: Microsoft Office (saya gunakan Microsoft 2007)

1) Selepas anda melakukan installation EndNote dan juga Microsoft Office..pada microsoft Office akan ada tool EndNote(rujuk figure 1)..tool EndNote akan berbeza lokasinya mengikut versi Microsoft office anda.
Figure 1

2) Jika ada tool EndNote ini. ia menunjukkan EndNote anda telah berjaya di install
3) Jangan Exit Microsoft Office anda
4) Sila buka Software EndNote anda.



STEP 2: EndNote (saya guna EndNote X3)

1) Apabila pertama kali membuka EndNote, anda dikehendaki create "library" untuk menyimpan semua refrences, paper atau journal di dalam "library" tersebut. Di sini saya namakan sebagai "PhD".

2) Apabila library Phd.ent telah di bina. anda boleh mengexport references daripada digital library ke dalam endnote dengan mudah atau boleh juga anda taip references secara manual (sekiranya digital library tersebut tiada perkhidmatan "Export Citation").

Figure 2

3) Jika sudah create library. Anda boleh open library tersebut seperti figure 3. kemudian cari library yang telah anda create sebelum ini untuk mengexport references daripada digital library ke dalam endnote dengan mudah atau boleh juga anda taip references secara manual (sekiranya digital library tersebut tiada perkhidmatan "Export Citation").

Figure 3

4) Dicadangkan anda menggunakan 1 library sahaja. Ini lebih memudahkan anda untuk mengexport citation dan juga untuk mengimport citation ke dalam Microsoft Office daripada endnote nanti.

5) jangan exit endNote

STEP 3: Export Citation daripada Digital Library ke Dalam EndNote

1) Anda memerlukan internet untuk download paper dan citation di digital library. Contoh di sini saya menggunakan:
  • Digital Library: SpringerLink.
  • Carian: Computer Virus (Figure 4)
Figure 4

2) Buka salah satu result carian anda:
3) Download paper anda dan simpan di dalam folder yang anda mudah cari supaya kita boleh attach paper tersebut di dalam EndNote.
4) Klik "export citation" (bertanda merah di Figure 5)

Figure 5

5) Pilih "Citation only" & Export citation ialah : EndNote. Klik "Export Citation" (Figure 6)
Figure 6
6) Kemudian buka fail yang telah di download. Sekiranya anda menggunakan google crome, klik dua kali pada tanda bulat merah seperti figure 7

Figure 7

7) Selepas open download anda, endNote Software akan dipaparkan. Diperhatikan, references yang diexport sebentar tadi telah berada di dalam endnote tersebut di dalam library bernama PhD.enl (figure 8)

Figure 8

8) Kemudian attach paper yang telah di save tadi di dalam end note. Untuk Save, klik kanan mouse pada reference tersebut>File attachment>Attach File. (Figure 9)

Figure 9

STEP 4: Import Citation daripada EndNote ke Dalam Microsoft Word.

1) Ok yang ini yang ditunggu-tunggu.
2) Untuk import citation daripada EndNote ke Microsoft Word. Buka Microsoft word.
3) Setiap proposal dan thesis, memerlukan citation. Kebiasaannya saya menaipnya secara manual. tetapi kalau buat research 3 tahun..banyak material yang kita kena baca. Bila banyak kena baca, maka banyaklah references kena ditulis. kalau dibuat secara manual, memang pening kepala.
4)Ok..Buka Microsoft Word..di sini saya buat satu perenggan yang memerlukan citation.
5) Contoh perenggan tersebut ialah:

"There are several definitions of the concept of
computer infection, but in general, none is truly
comprehensive in the sense that recent developments
in computer crime are not taken into account"

6) Citation diperlukan apabila kita mengambil ayat daripada paper/journal. jadi lihat figure 10.

  • Cursor diletakkan pada tempat yang hendak diletakkan citation (lihat no1)
  • Klik "EndNote"(Lihat no2)
  • Pilih "Insert Citation" (Lihat no3)
  • Pilih "Find Citation" (Lihat no4). Bila "Find citation di klik Figure 11 dipaparkan.
Figure 10


7) Bila figure 11 dipaperkan, taip nama author tersebut untuk melakukan pencarian.
Contoh: Eric Filiol
figure 11


8) Kemudian Double klik pada hasil carian tersebut..

9) tadaaa..ini lah hasilnya... (figure 12)

Figure 12


10) itu kalau anda hendak buat citation dihujung ayat..kalau di awal ayat seperti dibawah :

"Filiol said there are several definitions of the concept of
computer infection, but in general, none is truly
comprehensive in the sense that recent developments
in computer crime are not taken into account"


11) untuk buat citation di awal atau ditengah ayat anda perlu lah "exclude author" untuk dapat ayat seperti di atas. Contoh adalah seperti Figure 13


Harap membantu lah..kalau ada komen atau kesalahan sila inform. Tutorial ini dibuat ketika tepu membaca paper. so kepala agak weng..weng sikit..

Thursday, September 22, 2011

Planning September 2011

Awal bulan September 2011 memang saya ada buat perancangan apa yang hendak dilaksanakan. Tetapi memang mengambil masa eksperiment ini. Hari ni dah 22hb September 2011. Pejam celik dah nak habis bulan 9 ni. Akhir bulan 9, kene buat perancangan untuk bulan 10 pula. Progress saya begitu lembab sekali. Sangat risau..

Apa yang saya hendak buat hari ni. Listkan dalam table result yang telah siap. Bila list..memang sangat sedikit. Malu nak tunjuk kpd spvs. takut nanti spvs kata saya tak buat kerja. Setup VM ni memang mengambil masa. Kena pakai super computer agaknya. Harap saya dapat siapkan sebelum isnin ni.


Nota Kaki:: kalau kita rasa masa berlalu dengan pantas..orang kata nikmat masa kita Allah dah tarik..betul ka?

Wednesday, September 21, 2011

Lama tak updet

Sudah 4 bulan saya tak updet blog ni..tak ada progress ke? mungkin juga dan mungkin tidak..dah hampir setahun saya menyambung pelajaran di peringkat ini..Minggu lepas, baru mendaftar semester ke 2. Takut ok..

Sekarang fasa bereksperimental..1 paper telah saya hantar dalam Malaysia.. Tetapi saya bangga juga..walaupun conference ini tidak mempunyai index..Risau juga dengan study saya ni. Ada yang kata kena hantar paper di conference yang mempunyai indexs yang tinggi. Mungkin ini rezeki saya. Tak mengapa..untuk permulaan sebagai researcher(saya tak pandai buat research)..

Di fasa eksperiment ini mengajar saya bahawa susah juga deal dengan Virtual Machine (VM). Nanti saya tunjukkan macam mana nak guna VM ni..maklumlah..kita tak mahu Operating System kita diusik..kalau corrupt susah pula nak format. Dalam laptop pasti penuh dengan document penting..Jadi penggunaan VM sangat membantu walaupun slow..huhu..

Result pun sudah ada...tapi kena buat eksperiment lagi..& masih banyak penambah baikan perlu dilakukan untuk saya menghantar ke journal. Saya pun tak pasti boleh diterima atau tidak..cuba je lah..mana tahu ada rezeki..Harap saya berjaya. Doakan Saya yer..=)

Friday, May 20, 2011

Meeting 12 (19 May 2011)

Semalam i pergi jumpa supervisor..bila jumpa memang berkobar-berkobar..thats why ramai rakan seperjuangan kata jangan sesekali skip meeting with supervisor...walaupun banyak pekara kena uruskan dan kena tempuh..i harap Allah memudahkan urusan pembelajaran i ni..Ameen

Thursday, April 28, 2011

preparation for progress report (3may2011)

Series x wat ape2 selepas presentation methodology..since nak kawin lusa ni..i mmg pending over 7 days..huu..series..

ok..abstract & assignment dah submit tadi..x sangka hari-hari terakhir i as bachelorate ialah dgn mengadap semua ini...haha..i'm not regret..tp kdg2 feel so funny..sbb kalau nak kawen ni hati sure bunga2..i plak gundah gulana..kalau ilut -ve..mmg i pikir -ve ok..so better i pikir +ve..supaya i bseri-seri atas pelamin nnti..=)

mcm2 jadi pd i bila nak kawen ni..org kata dugaan...ye kot..
dengan exam pada tarikh kawen..hal tunang n bff..pastu pas wedding plak presentation progress report..malu je kene kutuk bila inai dijari..nampak sgt enjoy kawen dr study..owh tidak..=p..


hopefully on next Monday i akan buat 2 penambahan pada LR..i harap dapat buat this sunday..but..over plak pengantin baru nak wat keje kan..x penat ke lepas kenduri nak study dpn sedara mara..sure kene kutukss...
so Isnin tu harap sgt i dah kat melaka..sgt penting untuk i buat betul2..sebab i nak another feedbacks from panels and lecturers..harap i boleh start my eksperiment bulan 6 ni,
i hope my research tidak mengecewakan i n my spvs..semoga apa yg dilakukan tidak sia-sia..i harap i dijalan yg benar n bakal hubby akan memahami keadaan i..Ameen...=)


Pray for me..thank you


notes: starting from next week everything maybe will be new for me..new schedule, new life & new environment, new aspiration & passion..semoga i lebih kuat & tabah..yey!

Thursday, April 21, 2011

Meeting 10: 21 april 2011

feedback Alhamdulillah ok drp spvs, dean and few lecturers..syukur sangat-sangat..ada penambahan & pembacaan yang perlu dilakukan..biasalah dah nak masuk sem 2..

3 May 2011 presentation progress akan dilakukan di fac..semua researcher akan terlibat..apa yg i buat tu hanya drp kelas methodologi..reading x mantap sgt..tapi flow dah nampak..hopefully sumer bjalan lancar..i akan present dgn inai dijari..haha...over ok..jangan aku kene tembak sudah..wat malu jer..huu..pray for me..harap2 semua bjalan lancar..=)




Nota Kaki:: doa, doa dan doa..InsyaAllah..

Monday, April 18, 2011

Methodology Presentation

ok..hari ahad lepas present utk kelas methodologi..depan dean & dr dr fakulti FTMK..Alhamdulillah..aku mendapat cadangan bernas dan apa yang i buat mendapat restu..cuma skop kene betulkan supaya saya boleh achieve the objective..huu..hopefully everything ok..sbb next week nak kawen dah..hoye..hoye..

Friday, April 15, 2011

mata leh juling okeh


Adeh..leh juling mate ngadap paper n journal ni..



xde meeting lg

ok..spvs pi sgapore..
skang ni dah genap 4 minggu x jumpa spvs..okies..tu la x alert langsung ngan schedule spvs..next time kene tahu schedule spsv..

lr utk 1 part kene buat..tapi 1 part lg..x buat rupa2nya..i mean biasanya semasa baca kita akan letak details dlm table kan..aku bukak2 table utk topik lagi satu..ada 1 je LR..aish..nmpak sgt x study part tu...tapi asik takut je..bikin gempak ok..


proposal utk methodologi x siap2 lagik..susah jugak ni..sib baik ada methodology class sem ni..baru i taw i ni byk main2..sbb asik fokus kat part 1 ni je..walhal byk part lg kene baca..

Thursday, April 7, 2011

no meeting for this week

ok..spvs el ari ni..happy sbb dok umah lg..xhappy sbb spvs el because her f.i.l x berapa nak sehat..harap2lah cpt sembuh & everything goes well..so x wajarlah utk aku buat aksi lompat bintang krn bjaya melarikan diri utk tidak bjumpa spvs utk 3 minggu brturut2..



Nota Kaki:: kene sound ngan bff..kalau x jumpa spvs seminggu skali boleh sesat jalan..sia2 je nnti..

meeting

takut nak jumpa spvs..dah 2 minggu x jumpa..haruskah esok aku bjumpa spvsku??

Wednesday, April 6, 2011

taxonomi

tgh mengumpul kekuatan utk memahami taxonomi IDS..supaya aku boleh memahami & phm secara menyeluruh serta mendalam..leh lah aku mencolah mana-mana yang patut..






Nota Kaki:: amaran..jgn ikut..~**dah 4 bulan..br aku nak wat taxonomi..

Friday, April 1, 2011

Software EndNote

ok..aku mmg guna EndNote..tapi xde la expert sangat dlm EndNote program..tapi kalau korang baru daftar master or PhD or buat projek final yang memerlukan tulis references..sila la guna EndNote ni..sonang keje korang bila buat Literature Review atau writing..

EndNote ni tujuan dia ialah sebagai database bibliography atau library untuk materials yang korang baca..korang boleh export citation from digital library..setiap digital library ada export citation button..mudah kan? masa degree sebok la aku bukak buku manual nak follow manual penulisan thesis..mana dulu nak letak tajuk, tarikh, author and etc..menangis okeh..amik amik 1-2 hari nak double check references and citation tu ada kesinambungan ke x or org kata telly ke x (betul ke eja telly tu..huu..).....tapi dgn adanya EndNote..semuanya mudah..

Maunya x mudah..bila install EndNote, pada microsoft office atau open office akan muncul button "Endnote x3" (aku guna version EndNote X3).

so bila ko klik "Endnote x3" dia akan kuar satu popup..dr popup tu u boleh pilih citation yang u nak..kemudian yg besnya pada akhir page..references tu ada..xyah u poning2 pale nak bukak buku ikut format sbb nak taip manual ok..

Pastu kalau la tetiba ko nak ubah citation kan..maybe nak buang ke apa ke..endNote ni akan auto delete refences yang dia wat tu..so xyah la ko nak cek manual..leh mereng tau..xpasal2 dpt pnyakit lain..

So aku cadangkan gunala EndNote ni..ada byk bibliography software leh pakai..search je..tapi sbb tok guru sume pakai ni..software pun senang dpt..sbb main cucuk je pendrive..so pakai je la ni..xyah poning2 lg nak baca manual..yerla..tok guru ramai leh ajar...


sila klik utk download trial..kalau nak ehem2 sila tinggalkan email u (phm2 ok)


Nota Kaki: maaf x sempat nak ajar satu2..leh tgk manual ni..cuba jaya je..senang



Wednesday, March 16, 2011

Meeting 7

ok..kali ni meeting with my co-supervisor..my co mmg terer pasal teknikel IDS ni..sampai i rasa menyesal kenapa i nak teruskan buat tajuk ni..tapi i xnak turning back..sebab tajuk apa2 pun yg i buat..sama je i akan menyesal..haha..

last time masa wat projek master pun i nyesal wat pasal 'watermarking' so as conclusion i ni suka menyesal bila tahu kesusahannya..(mmg i jenis nak keje sonang je)..

Tapi kali ni i akan sahut cabaran..i akan explore setiap pekara mengenai research i..kerana setiap masalah ada penyelesaiannya...Insyaallah..lagipun kalau semua tahu..sure i akan boring..so doakan i rajin dan apa yg i buat adalah betul..

My spvs kata apa yg i buat mmg cukup utk PhD..walaupun i blurry gile..tapi sekurang2nya..jalan dah ader..jalan tu mungkin ada yg rosak dan berlubang2..kalau i jatuh pun..harap2..bukan pada lubang yg sgt dalam sampai i x boleh keluar dr lubang tu..kalau cedera pun harap i boleh bangun..i akan pastikan..jalan yg i pilih akan sampai ke destinasi walaupun jalan tu rosak atau jauh..


Nota kaki: kita xtahu apa akan jadi pada masa hadapan..tapi i xkan sesekali merancang utk gagal

Monday, February 28, 2011

Meeting 6 & Gadget

Pemangkin Semangat..=p



Okeh..aku pi MITC 2011 Melaka..apa yg i beli..ialah:

1)DVD (utk backup docs..sbb nak format lappy)
2)tetikus (kerana tetikus lama mcm xok dah..)
3)pen drive 16gb
4)External hdisk 500gb


Perjumpaan ngan spvs ok..but i x ok..sbb mmg dlm mood tgh study..pray for me..semoga i sentiasa happy n fokus ngan study..happy n enjoy ngan readings

Friday, February 18, 2011

Meeting 5

Semalam (17feb2011) ialah meeting ke 5..ok as usual..blur manjang..huu..lambat i buat keje..mau x lambat asik pentingkan mende lain je..i ta fb ni menganggu idup..asik2 nak tgk fb..igt fb tu leh tlg ke..

Lepas perjumpaan tu..my spvs hendak i buat::

1) present proposal bulan 5 ni
2) hantar paper bulan 4 ( start minggu depan hantar draf 1)

good luck feresa!


Nota Kaki:: sndiri malas..sndiri tanggung akibat..

Wednesday, February 9, 2011

Thursday, January 20, 2011

Meeting No 4

Hari ini aku awaldtg office spvs..maklumla..last week lmbt 10 min..sebagai manusia yang dah umur mcm ni..mmg patut aku memperbaiki kesilapan i yg lepas..biasalah..kalau jumpa spvs tentu la ada prob..Alhamdulillah prob yg lepas telah diutarakan dan spvs telah memimpin sy kembali..

ok..kenapa ayat aku agak teratur..huu..maybe ada yg membaca penulisan aku sure x suka..sbb guna bahasa rosak..ekceli sy lagi suka guna bahasa ini..senang nak ekspress perasaan..

Sy mmg xde persediaan utk mengambil PhD..mendaftar dgn ilmu yg kosong mengenai IDS(Intrusion Detection System)..

urm..risaunya..tapi sy akan berusaha..sy bukan pandai..tapi Allah dah anugerahkan kesihatan dan tenaga kpd saya..saya akan guna sebaek2nya..saya akan rajin berusaha dan memohon Ibu Bapa mendoakan sy dan saya juga berharap Allah membantu sy..Sy percaya bantuan Allah akan dtg drp pelbagai cara..mungkin Allah menmukan sy dgn spvs yg membantu, menemukan sy dgn kwn2 yang membantu, mungkin ketika saya menebas lalang di halaman dan mungkin ketika sy bereksperimen di dapur sy..sy boleh mendapat idea..siapalah yg tahu kan..tapi kita kene terus-terusan bdoa dan terus doa dan xlupa juga kene berusaha..


Nota Kaki:: HAri ini lega jumpa spvs..walaupun kaki terpelecok dirumah..tp sakitnya lebih terasa di hati walaupun kaki yg terpelecok..

Wednesday, January 19, 2011

Kemalasan

Series aku malas..

1)Malas pi lab..so aku dok umah dr Isnin-hari ni
2)Malas baca paper..so aku hanya print papers & journals


Tapi aku rajin..

1) Rajin mkn..so mkn & mkn..
2) Rajin Fb..so bagi komen & balas komen
3) Rajin Ym..so ceting dan ceting..
3) Nah..skang aku rajin updet blog ni..ehem..


tadi ceting ngan kwn kat Fb..dia sound ngan i

Kwn:ko ni main2 je kan..
Me: xde m00d la..hu..
Kwn: ko igt ni diploma ke..ni PhD la wey
Me: (insaf sekejap)..

Nota Kaki:: perlu dipukul baru tahu sakitnya..

Sunday, January 16, 2011

Kursus Methodology & Entrepreneurship.

Hari ahad i ada dua kelas ..lembik i..biasalah..stamina kurang..dah lama tak jadi student..kali ni hamek lu..kenapa ambil Kursus Methodology? untuk pengetahuan..ini kali ke4 i ambil kursus ni...tapi harusla tak berapa nak pandai lagi..sebab tak pernah buat research..ini baru nak buat..hoho..kenapa Entrepreneurship? ekceli ada kursus project management..maleh la ambil kursus tu..dah 2 kali ambil..masa degree ambil..master pun ambil lagi..kenapa tak mintak transper kredit?? jwpannya haruslah malas..h0h0..sbb kene attend gak kelas tu..lg pun x kompom leh trasper..yg transper tu student2 diaorg dulu kemungkinan boleh sebab silibus sama..tak aperla..leh la aku bercakap sikit..ini tak dlm bilik r&d tu..sunyi sepi..aku mkn biskut pun boleh dgr aku krup krap..kru..krap (menguyah)..Utk kelas baru blajo Entrepreneurship...aku penah ngajo dulu..tp ngajo ngan blajo lain yer...sbb belajar ni kene buat assignment n ada final..hu....


Nota Kaki::: Biasala lepas masuk kelas doc2..ni sume dok citer pasal sengsaranya PhD..hurm sangat risau..

Saturday, January 15, 2011

Hari sabtu dtg awal..yahu0o..

ari ni dtg awal..yabedabedu..mmg suka dtg awal..yerla..kalau x tgh hari br dtg..xde m00d taw..so ni dtg awal..guess wut..i bc 2 papers mengenai social engineering..h0h0ho...poning acik..dah la lapar..lupe bw bekal..ari ni sabtu..cafe x buke..luper2..huu..ok nak balik..esok ada kelas..ari ahad..huu

Friday, January 14, 2011

Meet new Friends

ok..previous post aku citer pasal meeting siswazah..lepas meeting kenyang bagai..aku pi bilik r&d tu..beborak lah ngan students post grad..hee rupa2nya ada cleaner..tapi awat berhabuk je..hoho


pastu jumpa Ms wong..dia br je submit thesis Master..siap on time..tips dia::

jeng..



jeng..



jeng..



jeng..




jumpa spvs everyday!




Nota kaki:: huu..salute r...

Perjumpaan Student Siswazah

Hari ni ada pjumpaan siswazah..student di minta memberi komen dan maklumbalas apa-apa yg x puas hati..aku pun kasi la komen:

1)bilik r&d xde cleaner..aku request nak cleaner..bhabuk2..lantai x bermop..macam ne la nak student lepak kat bilik ni..eh..student plak..i mean mcm ne la aku nak study kat sin..
Jawapan yg diberi:: student kene gotong royong seminggu skali..

2)Pc x maintain..belambak pc kat bilik ni..tapi pc yg aku pilih ber virus..dgn mouse yg sewel sket..
-tapi aku x report lg nak technisyen..nanti isnin ni la aku pi report..

Aku rs aku akan di band oleh org kat sini..hee..maklumla..banyak demand..ko igt ko staff leh request macam-macam..tapi pikir la logik..kata nak ada suasana research..kalau bilik x bersih..aircond x function pakai kipas..aku mmg suka la pakai kipas..suam2 je..mmg mood aku study pakai kipas..tap mmg xleh ke aku nak dok lelama..sbb berhabuk..aku pun request mcm2..yerla..sape suw wat session mcm ni..aku dah bukak mulut mmg xleh snyap..

Tapi enviroment kat sini aku suka..cuma harap2 ada cleaner...

Nota Kaki::perlu ke aku bwk mop & penyapu dr rumah..hurm..

Thursday, January 13, 2011

Meeting No 3

ok..hari ini merupakan perjumpaan Kali ke 3..

lega pas jumpa..byk kene baca ni pas jumpa spvs..ok target nak hantar paper bulan 3 ni..Insyaallah boleh..tapi still x byk baca lg..

strategi minggu ni::
1)Hasil perbincangan tadi akan dibuat minggu ni..kene completekan..
2)jumpa spvs setiap khamis..jgn takut2..jumpa je..biarlah kene marah tapi kene bw apa yg telah dihasilkan..
3)Ayat biasa..keep reading darlink..




Nota Kaki:: Semuanya kene bgantung pd diri sndiri jugak..jgn Malas feresa!

Tuesday, January 4, 2011

its Day 8

ok..hari ke lapan..i boleh kata i baca 2 muka surat drp 1 paper..hu..betul kata org..susah nak baca paper ni..i plak aim 4 paper satu hari..mmg klakar impian i..org tanya i apa azam 2011..i boleh kata azam i 3 tahun ini ialah utk::

i want 2 produce research papers n a***2..he...







Nota Kaki:: InsyaAllah..Ameen...doakan azam sy tercapai yer..