Sudah 4 bulan saya tak updet blog ni..tak ada progress ke? mungkin juga dan mungkin tidak..dah hampir setahun saya menyambung pelajaran di peringkat ini..Minggu lepas, baru mendaftar semester ke 2. Takut ok..
Sekarang fasa bereksperimental..1 paper telah saya hantar dalam Malaysia.. Tetapi saya bangga juga..walaupun conference ini tidak mempunyai index..Risau juga dengan study saya ni. Ada yang kata kena hantar paper di conference yang mempunyai indexs yang tinggi. Mungkin ini rezeki saya. Tak mengapa..untuk permulaan sebagai researcher(saya tak pandai buat research)..
Di fasa eksperiment ini mengajar saya bahawa susah juga deal dengan Virtual Machine (VM). Nanti saya tunjukkan macam mana nak guna VM ni..maklumlah..kita tak mahu Operating System kita diusik..kalau corrupt susah pula nak format. Dalam laptop pasti penuh dengan document penting..Jadi penggunaan VM sangat membantu walaupun slow..huhu..
Result pun sudah ada...tapi kena buat eksperiment lagi..& masih banyak penambah baikan perlu dilakukan untuk saya menghantar ke journal. Saya pun tak pasti boleh diterima atau tidak..cuba je lah..mana tahu ada rezeki..Harap saya berjaya. Doakan Saya yer..=)