Friday, October 21, 2011

November 2011

dah nak masuk November 2011..bulan december genap setahun dah register..tengok performance student yang baru register lagi laju drp i..salute la..





Nota Kaki: Doakan saya berjaya..=)

Thursday, October 20, 2011

FreeMind Software

Buat research kene la free kan mind from pelbagai masalah..kene tenang..dan cekap..tapi dalam masa yang sama aku memperkenalkan software untuk sesiapa yang hendak membuat peta minda..aku pakai word je buat taxonomy..tadi beborak ngan kawan di lab.research..beliau menggunakan Software FreeMind.

Saya pun tak pasti ini trial ke tak..tapi rasanya tak trial..ia freeware..bagi yang nak buat taxonomi, brain storming, kad kawen (opss)or any diagram..sangat sesuai..contoh seperti dibawah::


nampak tak? kalau tak nampak..cuba klik atau save image ni..tak pun try sendiri software ni


Saya cadangkan buat taxonomy menggunakan software ni agak mudah..bagi memperjelaskan serta mendalami apa yang hendak dikupaskan lagi mengenai research kita.

Mungkin saya agak terlewat..jika ada tools-tools yang menarik boleh dikongsi..jangan segan-segan share kat sini..mana tahu ada lagi tools yang membantu kita..

Good Luck..






Boleh Klik SINI untuk mencuba software tersebut

Monday, October 17, 2011

Tutorial: Cara Menggunakan EndNote

Ok..jom belajar menggunakkan EndNote.. post ini adalah kesinambungan yang lepas..klik sini


PC/Laptop anda perlulah mempunyai software seperti di bawah...jika tiada..sila install.
  1. EndNote version apa-apa pun boleh..(saya guna EndNote X3)
  2. Microsoft Office..(saya guna Microsoft Office 2007)
Ada 4 step..Langkah-langkahnya ialah seperti berikut
-------------------

STEP1: Microsoft Office (saya gunakan Microsoft 2007)

1) Selepas anda melakukan installation EndNote dan juga Microsoft Office..pada microsoft Office akan ada tool EndNote(rujuk figure 1)..tool EndNote akan berbeza lokasinya mengikut versi Microsoft office anda.
Figure 1

2) Jika ada tool EndNote ini. ia menunjukkan EndNote anda telah berjaya di install
3) Jangan Exit Microsoft Office anda
4) Sila buka Software EndNote anda.



STEP 2: EndNote (saya guna EndNote X3)

1) Apabila pertama kali membuka EndNote, anda dikehendaki create "library" untuk menyimpan semua refrences, paper atau journal di dalam "library" tersebut. Di sini saya namakan sebagai "PhD".

2) Apabila library Phd.ent telah di bina. anda boleh mengexport references daripada digital library ke dalam endnote dengan mudah atau boleh juga anda taip references secara manual (sekiranya digital library tersebut tiada perkhidmatan "Export Citation").

Figure 2

3) Jika sudah create library. Anda boleh open library tersebut seperti figure 3. kemudian cari library yang telah anda create sebelum ini untuk mengexport references daripada digital library ke dalam endnote dengan mudah atau boleh juga anda taip references secara manual (sekiranya digital library tersebut tiada perkhidmatan "Export Citation").

Figure 3

4) Dicadangkan anda menggunakan 1 library sahaja. Ini lebih memudahkan anda untuk mengexport citation dan juga untuk mengimport citation ke dalam Microsoft Office daripada endnote nanti.

5) jangan exit endNote

STEP 3: Export Citation daripada Digital Library ke Dalam EndNote

1) Anda memerlukan internet untuk download paper dan citation di digital library. Contoh di sini saya menggunakan:
  • Digital Library: SpringerLink.
  • Carian: Computer Virus (Figure 4)
Figure 4

2) Buka salah satu result carian anda:
3) Download paper anda dan simpan di dalam folder yang anda mudah cari supaya kita boleh attach paper tersebut di dalam EndNote.
4) Klik "export citation" (bertanda merah di Figure 5)

Figure 5

5) Pilih "Citation only" & Export citation ialah : EndNote. Klik "Export Citation" (Figure 6)
Figure 6
6) Kemudian buka fail yang telah di download. Sekiranya anda menggunakan google crome, klik dua kali pada tanda bulat merah seperti figure 7

Figure 7

7) Selepas open download anda, endNote Software akan dipaparkan. Diperhatikan, references yang diexport sebentar tadi telah berada di dalam endnote tersebut di dalam library bernama PhD.enl (figure 8)

Figure 8

8) Kemudian attach paper yang telah di save tadi di dalam end note. Untuk Save, klik kanan mouse pada reference tersebut>File attachment>Attach File. (Figure 9)

Figure 9

STEP 4: Import Citation daripada EndNote ke Dalam Microsoft Word.

1) Ok yang ini yang ditunggu-tunggu.
2) Untuk import citation daripada EndNote ke Microsoft Word. Buka Microsoft word.
3) Setiap proposal dan thesis, memerlukan citation. Kebiasaannya saya menaipnya secara manual. tetapi kalau buat research 3 tahun..banyak material yang kita kena baca. Bila banyak kena baca, maka banyaklah references kena ditulis. kalau dibuat secara manual, memang pening kepala.
4)Ok..Buka Microsoft Word..di sini saya buat satu perenggan yang memerlukan citation.
5) Contoh perenggan tersebut ialah:

"There are several definitions of the concept of
computer infection, but in general, none is truly
comprehensive in the sense that recent developments
in computer crime are not taken into account"

6) Citation diperlukan apabila kita mengambil ayat daripada paper/journal. jadi lihat figure 10.

  • Cursor diletakkan pada tempat yang hendak diletakkan citation (lihat no1)
  • Klik "EndNote"(Lihat no2)
  • Pilih "Insert Citation" (Lihat no3)
  • Pilih "Find Citation" (Lihat no4). Bila "Find citation di klik Figure 11 dipaparkan.
Figure 10


7) Bila figure 11 dipaperkan, taip nama author tersebut untuk melakukan pencarian.
Contoh: Eric Filiol
figure 11


8) Kemudian Double klik pada hasil carian tersebut..

9) tadaaa..ini lah hasilnya... (figure 12)

Figure 12


10) itu kalau anda hendak buat citation dihujung ayat..kalau di awal ayat seperti dibawah :

"Filiol said there are several definitions of the concept of
computer infection, but in general, none is truly
comprehensive in the sense that recent developments
in computer crime are not taken into account"


11) untuk buat citation di awal atau ditengah ayat anda perlu lah "exclude author" untuk dapat ayat seperti di atas. Contoh adalah seperti Figure 13


Harap membantu lah..kalau ada komen atau kesalahan sila inform. Tutorial ini dibuat ketika tepu membaca paper. so kepala agak weng..weng sikit..